PERPUSTAKAAN DESA 07 BUKIT CHABANG (USP)
Tel : 04-9970052
Penubuhan Perpustakaan Desa adalah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. di negeri perlis terdapat 37 buah perpustakaan.19 buah adalah perpustakaan desa negeri manakala 18 buah lagi adalah di bawah projek khas pnm. perpustakaan desa bukit chabang juga merupakan salah satu dari perpustakaan desa yang terdapat di negeri perlis. ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya pinjaman bahan bacaan serta kemudahan notebook dan wifi secara percuma. perpustakaan ini terletak di kedudukan yang strategik di antara padang besar dan pekan kaki bukit selain kedudukannya yang tidak jauh dari masjid dan juga sekolah. antara kampung yang berdekatan adalah kampung sahabat,kampung guar tinggi dan kampung titi tinggi hilir.
tarikh mula operasi : november 1998